Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Im a gurl..

DOB: 29.09.2012
Time: 6.59pm
Mod of delivery: SVD (Normal)
Weight: 3.27kg

Sunday, September 23, 2012

Sunday blues ke??..

Lepas checkup semlm, doktor kata baby dah engaged..anytime jer baby nak kuar..ikut suke hati die..hehe betul lah kan..mmg dah lumrah begitu..

Semoga kelahirannya nanti dipermudahkan..

Amboi rajin betul update blog sejak 2 menjak ni yer..bkn rajin sgt..tp syok sgt google/baca birth stories org, labour & birth tips, semua la yg berkenaan..yer lah kan..at least kite dh dpt point sikit2 dr zero x tahu apa2..ada yg ckp alah nanti time nak meneran automatik reti sendiri..ohh..hmm pendpt masing2..saya rasa saya nak cube yg terbaik supaya tiada masalah dikemudian hari..tp kite hanya merancang Allah jua yg menentukan segalanya..yg penting kite usaha..mcm usaha masa TTC dulu lah kan..google mcm2, mintak advise sana sini, yg baik kite jdkan panduan kan..yg tak sesuai tuh mungkin kite boleh jdkan ia panduan juga untuk lebih berhati2 & lebih berusaha kearah yg lebih baik..

Byk sgt nak baca sebenarnya cerita pasal labour & birth ni tp setakat yg mampu jer lah kan..sumber dibawah di copy dr web Baby Center Malaysia..

Labour and birth A - Z


Organisations that can help you have the birth you want. For other pregnancy concerns, see our specialised sections on pregnancy or nutrition.

Gentle Beginnings

www.mygentlebeginnings.com
Hypnobirthing childbirth classes for mums- and dads-to-be in the Klang Valley area. Included in classes: deep relaxation techniques and special calm breathing methods for use throughout labour and during birthing.

HypnoBirthing Malaysia

http://hypnobirthing.com.my/
Birthing classes to help you have the most natural childbirth possible, using easily-learned self hypnosis and breathing techniques.

Read more: http://www.babycenter.com.my/a-z/labourandbirth/#ixzz27Ht0iWC4

Positions for Laboring..


Sharing is caring..

Thursday, September 20, 2012

Meletakkan bayi anda ke dalam posisi untuk kelahiran.

Posisi bayi ketika kelahiran rupenye agak penting juga yer..bukan setakat kepala baby ke bawah shj rupenye..baru saya tahu..

Apakah posisi yang terbaik untuk bayi saya?

Proses kelahiran hampir selalunya paling pendek dan senang bayi anda berada dalam kepala ke bawah, dengan belakang kepalanya berpaling sedikit ke arah depan perut anda. Ini dipanggil posisi anterior. Hampir semua bayi berada dalam posisi ini pada peringkat akhir kehamilan.

Dalam posisi ini, dia muat kemas ke dalam lengkok pelvis anda. Semasa proses kelahiran, dia akan berlingkar dan meletakkan dagunya pada dada. Proses kelahiran anda patutnya lancar jika bayi anda berada dalam posisi ini kerana:

• Mercu kepala bayi anda membawa tekanan pada serviks semasa kontraksi. Ini menolong serviks anda mengembang dan menolong menghasilkan hormon-hormon yang diperlukan untuk proses kelahiran.

• Pada fasa meneran, bayi anda akan menyerong kepalanya untuk mendahulukan bahagian terkecil kepalanya melalui pelvis anda.

• Apabila dia sampai ke hujung pelvis anda, dia akan memalingkan kepalanya sedikit supaya bahagian kepalanya yang terbesar berada di tempat pelvis anda yang paling luas. Belakang kepala dia kemudian akan dapat turun ke sebelah bawah tulang pubik anda dan apabila lahir kelak, mukanya menyapu seluruh perineum, iaitu tisu antara bahagian bawah vagina dan saluran belakang anda.

Apakah itu posisi posterior?

Posisi posterior adalah di mana kepala bayi menghala ke bawah, tetapi belakang kepalanya terletak di spina anda. Bila proses kelahiran bermula, lebih kurang satu daripada 10 bayi berada dalam posisi ini.

Kebanyakan bayi dalam posisi ini dilahirkan melalui vagina juga, tetapi ia boleh menyusahkan anda, terutamanya jika dagu bayi ditolak ke atas dan bukan ke bawah menuju dadanya. Akibatnya:

• Anda mengalami sakit pinggang kerana tengkorak bayi ditolak pada spina anda.

• Ketuban air anda lebih berkemungkinan memecah pada permulaan kelahiran.

• Proses kelahiran berjalan lebih lambat.

• Anda teringin meneran sebelum serviks anda berkembang sepenuhnya.

Apabila bayi anda sampai ke penghujung pelvis anda, dia perlu memusing sejumlah 180 darjah untuk memasuki posisi yang terbaik bagi kelahirkan.

Ini akan mengambil masa, atau bayi anda akan memutuskan dia tak mahu memusing langsung! Dalam hal ini, dia akan lahir dengan mukanya memandang ke atas menghadapi muka anda apabila dia keluar. Dia mungkin memerlukan ventouse untuk membantu dia keluar.

Mengapakah separuh bayi posterior?

Bayi anda mungkin posterior disebabkan bentuk pelvis anda. Ada wanita yang mempunyai pelvis yang sempit dan berbentuk oval (dipanggil pelvis anthropoid) atau lebar dan bentuk hati (dipanggil pelvis android), dan bukan bulat.

Jika pelvis anda berbentuk oval atau hati dan bukan bulat, bayi anda lebih cenderung memasuki posisi belakang-pada-belakang mengikut kawasan terlebar dalam pelvis. Ini kerana kepalanya lebih selesa dalam posisi ini.

Stail hidup moden mungkin juga faktor tambahan. Wanita-wanita Barat (atau bandar) lebih cenderung mendapat bayi posterior berbanding wanita yang bekerja cara tradisional di ladang, atau membongkok atas periuk masak. Tidak susah untuk memahami apa sebabnya.

Apabila anda melengkok dalam kerusi berlengan yang selesa untuk menonton televisyen, atau bekerja di komputer untuk beberapa jam, pelvis anda terangkat ke belakang. Ini lazimnya benar jika anda berada dalam posisi di mana lutut anda terangkat lebih tinggi dari pelvis anda.

Apabila pelvis anda tertonggeng ke belakang, bahagian bayi yang paling berat, iaitu belakang kepala dan spinanya, juga akan memusing ke belakang. Oleh itu dia akhirnya berada dalam posisi posterior, terbaring menyandar atas spina anda.

Jika gaya hidup anda melibatkan banyak aktiviti berdiri, bayi anda lebih cenderung menurun masuk ke dalam pelvis anda dalam posisi anterior sebab pelvis anda menonggeng ke depan.

Bagaimanakah saya boleh membantu bayi saya ke posisi anterior

Anda mungkin pernah dengar akan teknik yang dipanggil "memposisikan fetus secara optimum" (optimal fetal positioning, OFP). Ia adalah cara menggalakkan bayi mengambil posisi anterior dengan menukarkan postur anda, terutamanya bila anda duduk. Ingat yang anda sedang cuba menonggengkan pelvis anda ke depan dan bukan ke belakang. Jadi, bila anda duduk, pastikan yang lutut anda sentiasa lebih rendah dari punggung anda.

Cuba yang berikut:

• Periksa yang kerusi yang digemari anda tidak membuatkan punggung anda ke bawah dan lutut ke atas. Jika ia begitu, cuba pusingkan kerusi, melutut pada kusyen dan condongkan diri ke depan.

• Sental semua lantai dan papan kambi - nenek kita selalu berkata yang mencuci lantai ialah cara yang baik untuk bersedia untuk kelahiran. Dan itu adalah benar! Apabila anda dalam posisi merangkak atas tangan dan lutut anda, belakang kepala bayi anda memusing ke bahagian hadapan abdomen.

• Selalulah berhenti kerja dan bergerak-gerak jika kerja anda memerlukan anda duduk banyak.

• Duduk atas kusyen dalam kereta anda supaya punggung anda terangkat.

• Condongkan diri ke depan bila sedang menonton televisyen.

Anda tak perlu bimbang tentang mengarahkan bayi anda ke posisi yang baik semasa berada di katil. Apabila anda berbaring secara mendatar, bayi anda tidak tertolak ke dalam pelvis anda. Tetapi, berbaring di sisi adalah posisi yang terbaik untuk tidur pada peringkat akhir kehamilan.

Bolehkah saya membetulkan posisi bayi saya bagi kelahiran?

Anda tidak keseorangan. Sejak abad ke-19, terdapat berita mengenai "postur seperti ibu". Kini ia dipanggil "memposisikan fetus secara optimum" kerana seorang bidan bernama Jean Sutton menghebahkan teknik ini pada tahun 90-an. Dia menasihatkan ibu mengandung supaya menggunakan postur tegak and membongkok ke depan sebanyak mungkin pada peringkat akhir kehamilan.

Terdapat bidan-bidan dan para doktor yang tidak percaya ini membawa manfaat. Tetapi ada juga kajian yang menunjukkan wanita yang membuat posisi tangan and lutut selama 10 minit, dua kali sehari, pada peringkat akhir kehamilan, boleh membantu bayi mengambil posisi anterior.

Malangnya, ini tidak mempengaruhi posisi bayi pada masa kelahiran. Sutton menyarankan ibu-ibu berdiri tegak atau membongkok ke depan sebanyak boleh.

Jika anda mencuba senaman-senaman ini tetapi bayi anda masih posterior bila proses kelahiran bermula, ia mungkin disebabkan oleh bentuk pelvis anda dan bukan postur anda.

Bagaimanakah saya boleh memperbaiki posisi bayi saya semasa proses kelahiran?

Jika bayi anda dalam posisi posterior bila proses kelahiran bermula, anda masih boleh postur tegak atau membongkok ke depan untuk membantu bayi anda pusing dan melegakan kesakitan. Adalah biasa bagi bayi-bayi menukar posisi semasa proses kelahiran dan kebanyakkan bayi membetulkan posisi menjadi anterior pada fasa meneran, tidak kira posisi mereka pada permulaan proses kelahiran.

Kadangkala wanita mengalami sedikit kesakitan beberapa hari sebelum proses kelahiran bermula. Ini boleh meletihkan tetapi kesakitan itu mungkin tanda bayi yang sedang cuba memusing untuk mencapai posisi anterior. Cara terbaik mengatasi masalah ini ialah:
  • cuba rehat sebanyak mungkin pada masa malam;
  • pada siang hari, berdiri tegak dan kekal aktif;
  • membongkok ke depan semasa kontraksi;
  • makan dan minum secukupnya untuk mengekalkan tenaga;
  • relaks dan kekalkan fikiran positif.

Anda mungkin mendapati yang postur terbaik semasa proses kelahiran ialah merangkak. Dalam posisi ini, bayi anda jatuh menjauhi spina anda, melegakan sakit pinggang dan ini mungkin menolong dia memusing, juga.

Dalam proses kelahiran, cuba:
  • Berdiri tegak untuk seberapa lama yang boleh.
  • Kekal berdiri atau menegak sebanyak mungkin.
  • Membongkok ke depan semasa kontraksi - gunakan bola (birth ball), bean bag, suami anda atau katil untuk membantu anda.
  • Goyangkan pelvis anda semasa kontraksi untuk membantu bayi anda memusing semasa dia melalui pelvis.
  • Elakkan daripada duduk atas kerusi atau katil dalam posisi menyandar.
  • Kalau boleh, elakkan suntikan epidura, kerana ia boleh meningkat kebarangkalian bayi anda berada dalam posisi posterior. Suntikan epidura juga meningkat kebarangkalian anda memerlukan kelahiran dibantu.
  • Jika anda menjadi sangat letih semasa proses kelahiran, baringlah di sisi anda sebab ini membenarkan pelvis untuk mengembang sedikit supaya dapat memberi bayi anda lebih ruang semasa anda berehat.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/labour-and-birth/posisi/#ixzz271TI7LB6

Saturday, September 15, 2012

Bleeding ke?

Dah nak masuk 37weeks so far semua ok, baby ok, air ketuban ok, HB pun dah ok, BP ok. Now checkup pun dah jd once a week, kat KK, kat private hosp pun sama jer. Alhamdulillah lah, sepjg pregnant ni xde masalah2 yg kritikal. Sakit kaki & penat tu biase. Hopefully masa bersalin pun takde masalah..nak sgt bersalin normal..Cuma lately asyik sakit perut memulas, hari2 berak cair (ops..sorry kalau ada yg geli) tp sekali atau 2 je la dlm sehari tu. Risau jugak, kot2 lah itu tanda2 nak bersalin kan.

Bile dah dekat2 nak due ni, berdebar2 pulak. Bile google & baca pengalaman bersalin org lain ada yg ckp sepatutnye 36weeks kepala baby dah engaged. Semlm checkup doc kata x engaged lg tp xde pulak doc tu ckp ada masalah. Almaklum gynae kami agak cool org nye. Bile google rupenye x semesti kepala baby engaged awl or before EDD. Ada yg engaged awal, ada yg dlm labour room dah sakit baru baby engaged..ada jugak hari ni doc ckp blom engaged tp luse elok jer beranak normal. Bergantung pd baby bile die nk turun. So, don worry n jgn fikir sgt nanti stress pulak.

Saya pun start hari ni konon buat kerja rumah melampau..xde la melampau mcm biase jer..cume lama sgt x pegang vacuum, selalu En Suami jer buat kan. Ni buat sdiri laa,lama dah x exercise. Masa 6,7 bln hari tu jer asyik jalan skarang dah kurang, mcm mane nk sng beranak kan? Basuh baju, comforter, jemur kain, vacuum, cuci habuk2, tolak sikit katil2..rajin sgt kut mentang2 esok cuti sehari lg. Lgpun hari ni rasa mcm gagah sikit. Semlm sakit punggung sampai nak jln pun x boleh. Bile ok jer hari ni trus buat kerja. Exercise konon..Pastu pusing2 kat Mesra Mall tp kejap jer..sblm maghrib dah blk..

Tiba2 sampai rumah, gi toilet mcm biase nak buang air, nampak mcm ada secalit darah kat pantyliner. Sikit sesgt lah, kat tepi2 pantyliner tu je. Uik..agak terkejut sbb sepjg pregnant x pernah kuar darah samada sikit atau byk. Try kesat bhgn 'tut' ngn tisu nk tgk ada lg ke tp xde pulak, putih/kuning cam biase jer..konfius pulak. Ok lah..salah tgk kut. Lepas solat isyak kerumah mak pulak, sembang2 then kul 10 lebih kami blk. Cam biase bile dah minum2 kompem nak terkucil..trus lah ke toilet..tgk2 eh ada lagi darah secalit cam td..sikit sgt tp nampak mcm darah lah kut..kat tepi2 pantyliner tu..try lg kesat pakai tisu kat 'tut' nk tgk detail tp xde pun..putih cam td jugak..kompius lg..hmm perlu ker yer jumpe doc? Hmm kalau esok2 still ada & bertambah byk bru pegi jumpe doktor lah kut..hopefully xde pape la..

Tak sabar pun ada, baby dah nak kuar ker?

Wednesday, September 5, 2012

Car seat & Stroller..

Bercerita pasal car seat, stroller & carrier mmg la agak memeningkan..ntah hape2 jer..nak beli stroller pun pening..nak beli car seat pun ikut perasaan, nak beli baby carrier pun x tau yg mana bagus..mmg mencabar betul bile nak ada anak kan..brg baby sgt lah kene betul2 dikaji baik dr segi jenis, harga, function nye dan mcm2 lagi..semua nya utk kebaikan, keselamatan & keselesaan baby..
 
Actually, tgh duk fikir2 nak beli car seat. Rasa mcm nak beli before deliver sbb mak kata nanti lepas bersalin nk bwk baby blk rumah sng letak dlm bakul/carseat die..amboi mewah baby zaman sekarang, mcm tak boleh pegang jer yer..tp tuh laa..ok jugak kan lagipun carseat ni boleh dijadikan rocker jugak. So, nanti kalau baby susah nak tido, leh letak dlm tu goyang2 sikit. Bergantung kpd pendpt masing2..ada yg kata x perlu, ada yg kata perlu, ada yg kata beli tp x guna, ada yg kata guna sampai lunyai..nak kata x gune tu tipu lah kan sbb nanti nak hantar baby kat pengasuh takkan nak pegang sambil drive..so bleh la beli..

Meh kite review sikit car seat & stroller pilihan..

Price: MYR 699 - MYR899 (Quite pricey disini but features nye sgt bagus..konon laa)
The Maxi-Cosi CabrioFix must always be fitted in a rearward facing position (in the opposite direction to the traffic flow) using a standard 3-point seat belt. NEVER place the Maxi-Cosi on a front seat if an airbag is fitted.

Features:

- Conforms to ECE R44/04
- Side Protection System offers optimal protection against side impact
- Integrated sun canopy: always on hand and easy to store
- Practical belt hooks: retain seat belt when seating your child
- Ergonomic handle for ease and comfort of carrying
- Ideal 3-in-1 travel system combining the Maxi-Cosi/Quinny stroller and carrycot
- One-pull harness for easy adjusting harness length
- Push button for easy adjusting the carrying handle
- Handy storage compartment
- Cover is easy to remove and washable
- Including beltpads & crotchpad

Recommended Age: Birth until 12 months (0-13kg)


 

Price: MYR200 - MYR250 (Affordable la coz baby duk dlm ni paling lama pun 1 year, buat ape beli yg mahal2 ye tak..)

Net Weight : 3.4kg

Features :
  • Suitable from birth to10kg
  • Light weight and portable infant car seat/ carrier/ rocker
  • 3-point, 1-pull padded safety harness
  • Traveling system: Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter
Dimensions :


Quinny Zapp Xtra
Price: MYR999 - MYR1200
Features:
1. Quinny Zapp Xtra seat can be used from birth
2. Seat is forward and rearward facing
3. Seat has 3 forward and 2 rearward facing recline positions
4. Can be combined with a Maxi-Cosi infant car seat to create the ideal travel system
5. Suspension on rear wheels and on (double) front swivel-wheel
6. Comfortable seat unit
7. Includes: Sun canopy, raincover, shopping basket, and adapters for attaching Maxi-Cosi infant car seats
Dimensions:

Unfolded: 89x42x25cm
Folded: 81x59x102cm
Weight: 8.7kg
NUNA PEPP Buggy Stroller
Price: MYR899 - MYR1200

The smaller your bundle of joy, the more stuff you need to carry around. (It is a rule they never tell you.) Thank goodness the PEPP buggy is cleverly designed to think of everything, from an ultra-compact fold-in-half design to the ability to get around town with one hand (which is how you will be operating most days) to a fully flat recline for on-the-go snoozes.

Features:
  • a chic, unique ride from the moment baby enters the world through toddlerhood
  • folds down to a flat backpack size for boots, taxis, bikes and entryways
  • opens easily with just one hand
  • three or five point harness gives security
  • one-touch braking system is so easy
  • new higher seat gives baby a great lookout
  • three-position full recline cradles baby
  • progressive suspension technology gives a nice, easy ride
  • height-adjusting handle for drivers small and tall
Specifications
  • recommended use: birth to 18 kg
  • product dimensions: 105/95 cm high x 55 cm wide x 84/74 cm deep
  • folded dimensions: 73 cm high x 55 cm wide x 26 cm deep
  • product weight: 8.6 kg
  • tray height: 74 – 67 cm

Zapp Xtra, boleh forward & rearward facing tp Nuna Pepp tidak..
Nuna Pepp sgt slim, sng nk bwk naik flight tp Zapp Xtra tidak..frame n seat asing2..kalau nak naik flight nnti camne? Susah gak..
So, fikir-fikir kan lah sebelum beli..;)

Wednesday, August 29, 2012

Hebatnya Susu Ibu!

Saya sudah memilikinya sebagai persediaan. Baru jer sampai td.
Harga buku: RM23 shj x termasuk postage.

Boleh dptkannya disini:
http://momslittleones.com/shop/

Monday, August 27, 2012

Baby Stuff - Review Version

Actually tak tahu yg mana bagus atau kurang bagus..kebetulan pergi Fabulousmom, tgk ada offer then beli jer la sikit..konon2 utk spare..dlm pantang kot2 tetiba nak guna kan xde la susah nak suruh org beli or beli online..

Detergent ni pun actually tak kisah tp kebetulan jumpe Baby Organic ada offer so, grab jer..

Avent Breastcare Essential Kit. 12 daytime breast pads, 6 nighttime breast pads, 2 thermogel pads, bra clip and washable pouch.

Midwife and baby advisor Vicki Scott helped develop the Philips AVENT breastcare essentials kit, so you know it's packed with items to help you successfully breast-feed during those first few days. Disposable day and night breast pads prevent embarrassing leaks from letdown, while thermogel pads can be used cold to soothe engorged breasts or warm to stimulate milk flow. There's even a breast-feeding diary to help you find the right nursing routine for you and your brand new bundle of joy and a bra clip that will help you remember which side to nurse from next. The entire kit fits in the included travel pouch for easy storing or travel.
  • Comforting solution for the first days of breast-feeding
  • Developed with breast-feeding experts
  • Daytime and nighttime breast pads protect clothes against leaks
  • Thermogel pads provide warm or cold soothing relief
  • Includes a breast-feeding diary and washable pouch
Source: http://www.toysrus.com/product/index.jsp?productId=12066469

My kit.


Johnson & Johnson Milk Bath & Lotion pilihan hati sbb saya mmg suka J&J Milk Product..;)

Whoopee Pampers coz org kata bagus & murah. Try dulu sbb murah kan..

Medela FS. Dr sblm pregnant dah study & berangan nk breastfeed baby..InsyaAllah..ada rezeki lebih ni beli la jugak..rezeki baby..hopefully dpt membantu..saya x confident saya dpt mengepam guna manual pump & electric pump yg lain2. Set 2012 ni die tak bg puting biase, die bg Calma Teat tp 1 set jer coz Calma ni mahal..pastu kalau nasib baik dpt 2 set Breastshield..saya dpt 2set, 1set soft fit & 1 set personal fit. Kalau tak silap packaging biase ada 1 set soft fit jer.


Tanamera Postnatal Set. Hopefully berguna masa pantang nanti.


Sebamed Shampoo ni main beli jer sbb tgk mcm murah pulak..baby pakai byk mana sgt shampoo kan..

Baby Stuff

Since this week dah masuk 34weeks, maka baby & mommy stuff semestinya kene ready. Walaupun sebenarnya rasa mcm awl lg tp mak dah bising, die ckp kalau die dah siap semua brg2 & bag2 nak bwk gi hosp. Then, before raya hari tuh nurse kat KK pun suruh siap semua incase baby nak terkeluar awl mcm die deliver masa 33weeks. Lepas tuh trus gelabah..byk bende nak kene siap. Takkan time sakit nak gi hospital baru nak packing bag, baru nak packing brg nak export ke rumah mak, baju hari2 kami suami isteri nak pakai masa menetap kat rumah mak masa pantang nanti. Mmg la rumah mak dekat jer tp takkan nak suruh hubby ulang alik amik brg itu ini. Kang lain yg disuruh ambik,lain yg dibwk balik..huhu..so baik packing awl2.

Kalau di tilik2 semua baby stuff kat bwh ni menunjukkan gender baby adalah gurl kan? Hehe..org ckp kalau scan gurl jgn beli utk gurl sgt takut nanti yg keluarnye boy..tp tawakal jer la..masa scan start 16weeks hari tu lagi mmg nampak burger (gurl) sampai skarang pun setiap kali checkup mmg nampak gurl..tak nampak pulak boynye..doktor pun ckp insyaAllah gurl,kalau boy dah nampak dah bird die..tp tak tau la kan..mana2 jer..yg penting baby sehat..kalau org tanya pun still x berani nak bgtau gender apa..ckp nampak gurl tp tak tau la kan, mana2 jer asalkan sehat..itu lah ayat standard..

Doakan kami selamat ok..kwn2 lain jugak..semoga kalian semua selamat & sehat..Amin..

Batch 1..batch 2 lupe snap pic..byk benor napkin..terbeli 2 pack sbb ingat mcm sikit je 1 pack..semua ckp x pakai sgt..takpe sedekah separuh kat adik nak deliver bln 1 nanti..ok jer kan..hehe

Lambakan baju & segala mcm yg dibasuh..byk ker camnih?

Ini jer..tak byk kot kan? Tp mitten & booties tu mcm terlebih2 jer..beli ikut nafsu nih..pastu kantoi..nampak sgt baby gurl..;)


Packing siap2 nak hangkut rumah mak..lepas raya ni bleh export dah..

Pampers & segala detergent..Ni pun sama..lepas raya nak export rumah mak..

Toiletries baby & Mommy nye set bersalin..export rumah mak..

Bottle baby, breastmilk storage, breastpad, detergent, baby wipes dll..Yg ni semua tinggal kat rumah sbb x pakai sgt kut kecuali Medela FS tu..kalau nak pakai jugak suruh jer papa baby blk rumah jap ambik..dah ada spare dah pun dlm bag hospital..so no worries laa kalau tinggal..

Pampers Whoopie ada 2 pack lg, travel bag dll..semua tinggal..

Infant set B/Bee, Bolster & Pillow set, Baby quilt, yg pink tu ikut nafsu sbb dr dulu teringin nk beli Aussino Baby set ni..hehe semua bwk rumah mak (kantoi lg..nampak sgt baby gurl kan?) ;)

Botol susu baby. Tak beli byk pun. Beli Avent 2 ketol jer yg lain botol Medela yg skali dgn pump FS. Cukup la dulu awl2 ni..esok2 kalau x cukup beli lg..basuh jugak sbb nk bwk rumah mak pastu simpan dlm tupperware..

Akhirnya B/Bee playpen jd pilihan sbb sng nak hangkut rumah mak..bedding set tu beli ikut nafsu, ikutkan utk baby cot tp bantai jer pakai jugak kat playpen..nasib baik muat..kire ok lah tu..ni test jer pastu bukak balik simpan lam beg.. ;)

Friday, July 27, 2012

Parenthood Expo 27 - 29 July 2012 @ Mid Valley

Teringin sesgt nk gi expo2 cam ni so ni 1st time pegi..mcm2 ada n org pun ramai..saya x reti nak beli bile jln pun nk kene langgar2 ngn org hehe..tp yg pastinya dpt beli Whoopee 2pack dgn harga RM25/pack & Medela Freestyle idaman hati special for baby from mommy dgn harga yg saya rasa berpatutan,original Medela Local Warranty by Lactaequip..dpt free gift mcm2 lg..dpt beli medela dah x tgk bende lain dah..excited..dpt goodie bag n sample product mcm2..huhu
Abes duit bonus mommy laa baby Freestyle nye pasal..takpe..semua untukmu..

Sunday, July 22, 2012

Berpuasa Ketika Hamil..

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

Edisi copy & paste.. ;)

Source: http://www.babycenter.com.my/malay/ramadan/hamil/

Tuesday, July 17, 2012

Tanamera Postnatal Care Set.

Keperluan atau pengaruh org?

Finally,terbeli jugak set ni. Tak tahu la nak ckp pengaruh ke apa coz sblm decide nk beli set bersalin ni,google la jugak yg lain2 & mmg la ada bermcm2 jenis kat luar sana. Antara yg telah dishortlisted kan Set NR & Tanamera ni tapi akhirnya saya beli Tanamera jugak.

Kenapa pilih Tanamera?
Sbb bile dh masuk 3rd trimester ni bertambah2 lah lenguh seluruh bdn terutama bhgn pinggul n peha. Jln mcm penguin sbb nk control sengal2. Mmg setiap masa rasa sengal2 ni. So bile dah google n discuss ngn papa baby,die ckp ok jer nk beli set ni. Bleh pakai Massage Oil die utk urut kaki & peha. Bau pun mcm bes dr pakai minyak panas lain.

Mengada je bunyi nye yer,dulu2 pakai je minyak panas apa yg ada xdenye nk milih2.

Semua nye bergantung kpd kemampuan & keperluan masing2. Saya beli sbb mmg saya nak guna.

Ada 11 item semuanya. Boleh refer website Tanamera Postnatal Set atau laman facebooknye. RM360 tp saya dpt RM330 jer sbb ada less sikit.

Skarang dah start pakai VCO Oil utk sapu kat perut, pinggul n punggung. Walaupun xde rekahan tp membe2 ckp diorang lepas bersalin baru nampak..ngeri katanya baik cegah dr awl. So,kite cube laa utk elak kan. Sapu jugak pd bhgn sulit utk keanjalan kulit supaya mudah bersalin, by 36weeks boleh start minum. Usaha jer dulu kan..kuasa Allah semuanya. Then, saya pakai Herbal Massage Oil,minyak ni pun boleh guna sblm bersalin utk kurang2 sengal2 pd kaki & peha. Ni mmg keje papa la mana laa tgn nk sampai kalau nk urut kaki sdiri..sangkut perut..hehe. Lepas tu Brown Soap..pun elok dipakai dr sblm bersalin supaya kesan2 hitam di celah2 peha n ketiak cepat pudah bile dah bersalin nanti. Mcm sabun scrub gitu, berus je kat bdn..sng sgt. Usaha jer,lgpun bau mcm spa jer dah dlm bilik ni. Best sgt..;) yer laa start pregnant ni saya pertama kali tgk ketiak bertukar color..seriously x pernah ketiak den color hitam..sental jugak laa tp mmg dah kejadian nye mcm tu kalau pregnant kan. Terima je laa hakikat. Mudah2 han bile pakai sabun ni cepat2 la hilang. Product terakhir yg diguna adalah Lavendar Floral Water aka Face Mist aka penyegar muka..bes jugak walau mula2 bau die mcm x bes bile lama2 rase mcm baru balik SPA..pakai nk gi keje & sblm tido. Melegakan minda & membantu utk tidur lebih nyenyak. Skarang tido dh tak brape lena, x selesa, bdn sendal ngn bantal sana sini..pusing kiri kanan semua x kene..hehe ni lah org mengandung mak kata..rasa lah pulak ingat sng ke nk bwk bdk? Huhu ye la mak..

Yg lain2 harus lah diguna selepas bersalin yer puan2..harap2 berguna la..

Sekian..

Sunday, June 24, 2012

24 weeks..

Baby dah 24weeks dlm tummy mommy..Alhamdulillah kami berdua sehat..biasa lah kan org mengandung..skarang dah mula sakit2 kaki, mlm2 kdg2 kaki kejang..sakit wooo..kalau jln byk sgt kaki mcm sembap sikit..urat2 semua timbul..perut rase dah sesak..almaklum baby membesar bagai juara..hehe..lain2 alahan takde..mkn mcm biase..berat pun naik dgn jayanya..masa 2mths pregnant berat stil 38kg, now dah 47kg..plus minus dah naik 9kg..tak pernah berat naik camnih..bleh maintain kaa sampai lepas deliver..syok gak..huhu
Semlm checkup, gynae scan mcm biase pastu bukak 3D kejap..muke 'baby comey' (panggilan manja baby buat masa ni) bulat kata papa n tok ma baby..siap buat peace lg..haha suke sgt baby org kate die baby comey agaknye..adoi laa baru 24 weeks, 40 weeks bulat cemane eh?? Takpe laa yg penting baby sehat..
Sebenarnya mommy & baby tak boleh tido nih sbb rindukan &  risaukan papa..
Huhu..itu laa nak duduk rumah sensorang sgt..kan papa dah susah payah berulang dr tpt course ke rumah..we miss u laa papa..baby gedik2 lg tanda blom tido..
Waktu sekarang 11.40pm, lebih kurang 1 hour lg papa sampai..drive carefully k..mommy & baby risau nih..lewat2 mlm kene drive blk..esok subuh kene gerak semula..
Selamat malam semua..Assalamualaikum ;)

Saturday, June 23, 2012

Baby Checklist..

Salam semua..lame sungguh x jenguk sini..nak ber 'BW' pun x sempat..bkn tak sempat tp xde mood nak surf2 internet..balik kerja ingat nak rehat jer..sian baby penat ikut mommy kerja..so bile kat rumah kene laa rehat sepenuhnya..hehe
Alkisahnye hari ni tetiba update blog disbbkan papa baby tinggal mommy n baby kat rumah sbb die ade kem..bile boring kite buat ape lg..update blog lah kan..hehe padahal td dah merewang ngn mak n adik2 tgk Mael Lambung..mmg Mael betul lah..sakit perut gelakkan Zizan..agaknye baby pun sama gelak sbb x berenti die gerak..huhu kot ye jer..

Berbalik kpd tajuk asal..'Baby Checklist'..over ker kalau saya kata dah mcm2 beli brg baby even bru masuk 24weeks this week..nak buat cemane kan bile jalan2 kat shopping complex ngn mak jer..die suruh beli..padahal kalau ikut org tua selagi x 7bln jgn lah beli pape..tak gitu..tp mak saye bersungguh lah pulak suruh beli..yg penting kite doa mudah mudahan semua selamat dah tiada apa2 yg tak elok berlaku pd kite n baby..tp saya bkn beli baju laa..beli box utk letak baju baby, accessories2, bottle sebiji/dua, blanket bende yg mcm2 tu laa..baju tak beli lg sbb sblm ni x confident dgn baby nye gender..tp bile gi checkup semlm mcm confident lah..mmg nampak..tp berserah aje lah kan kuasa Allah semuanya..kite hanya manusia biasa..yg penting baby sehat n keluar dgn selamat nanti..

Checklist yg telah saya edit mengikut keperluan dan kehendak sendiri..hehe

Baby Cot/Bedding:
Blankets - 3/4 (Beli kat IKEA)
Infant Set -1 (Bumble bee)
(Mak kata sng nak letak baby kat bwh or atas katil safety sikit ada bantal kiri n kanan)
Pillow/bolster - 1 set
(Beli 1 set jer sbb takut2 esok nk beli set tilam kan, mak kata xpe beli lebih letak dlm kete 1, rumah pengasuh 1, betul jugak kan..aisy mak2 suke jer suruh anak die perabih duit..;)
Set Tilam - 1 set
(Ni pun ikut keperluan dan kehendak, kalau beli baby cot, dah tentu ada set tilam n bantal kan? So x perlu)
Baby cot/playpen
(Saya mmg plan nak beli tp tgh berfikir yg mana lebih diperlukan. Cot mcm tough sikit, tp playpen boleh bwk gi rumah mak masa pantang, kalau baby cot kene tgu lepas pantang balik rumah sdiri baru bleh guna, nanti baby x biase, sudahnye baby xnak tido dlm tu..ada betul ke pemikiran saya ni?)

Bathing/Healthcare:
Hooded towels - 1/2
Towel - 2/3 (Lebih xpe nnti boleh tgal rumah mak sikit, letak dlm bag travel sikit)
Wash Cloths/sapu tgn - 2/3 pack
(Beli byk xpe, baby suke muntah, air liur lg, so boleh slalu2 tukar)
Bakul baju baby - 1/2 (Beli kat IKEA)
Bath Tub - 1 (Beli kat IKEA)
Lapik getah - 1 (Tapi mak suruh beli lebih jugak)
Travel Changing Mat - 1 (Beli Papa Simple Dimple Bag ada satu dlm tu,so xperlu beli)
Baby Powder, Bath
(Prefer J&J Nourishing Milk sbb lembut jer mcm baby, xnak ajar baby pakai brand mahal lg, tgk sesuai ke tak)
Baby Shampoo - 1 (Terbeli Seba med sbb offer)
Travel pack toiletries - 1
(Prefer J&J jugak tp terbeli brand Buds jugak sbb pack kecik kiut gitu, bleh standby dlm travel bag, mak kata bag baby mmg kene sentiasa ada bkn time nak berjln jer bru nak kemas..ok..ok)
Detergent - Ikut keperluan
(Beli Baby organic masa clearance sales Moms Care kat Curve last month)
Baby Oil - 1 (Minyak yu yee kot..tak decide lg)
Baby Lotion - 1 (Tak pakai byk kot, pakai jer yg travel pack dulu)
Bottle cleanser - 1 btl jer dulu (Tak beli lg)
Baby nail clipper/brush/comb - 1 (Anakku ada RM12.90)
Bekas bedak - 1 (Mak suruh beli)

Diapering Items:
Disposable Diaper/Cloth Diaper - 1 pack NB, 1 pack S
(Buat masa ni beli yg disposable jer dulu almaklum laa bile bekerja ni takut tak sempat nak cakna hal2 CD ni, kene basuh dgn teliti kan..prefer Whoopee sbb tgk review n murah)
Napkin - 1/2 doz (Mak kata 1 doz jer cukup utk pakai dlm pantang, baby nanti pakai pampers jugak)
Nappy pin - 1 pack (Kene standby utk dlm pantang)
Baby wipe - Ikut keperluan
(Prefer Lunatots sbb tanpa pewangi,tanpa paraben, tanpa sebarang bhn chemical, so selamat utk baby, kulit baby kan halus)
Nappy Liner - 1 pack
(Pakai utk dlm pantang jer masa baby slalu berak, rugi pakai pampers..mak kata)
Cotton Pad/ball - 1 pack (Utk dlm pantang..mak kata perlu)

Nursing/Feeding Essentials:
Feeding Bottles - 2/4
(Beli yg 40z je, tak perlu beli byk2 in case baby x sesuai dgn puting botol, lepas baby keluar boleh beli lg, prefer Avent)
Bottle Brush - 1 (Dr Brown, sbb offer masa clearance sale Moms Care kat Curve)
Pacifier - 1 (Standby jer sbg ubat penenang baby..hehe..prefer Avent juga)
Breastpump Medela FS - 1 set
(Prefer Medela FS sbb sgt freestyle, portable, mudah digunakan sbb kt bilik ngepam kat office xde plug, jenis lain semua pakai battery AAA, rase mcm selalu kene tukar mengikut pengalaman kwn2 yg dh pernah pakai jenis lain cthnya Medela Swing. FS boleh caj jer tahan 3/4 hari..sgt mudah..mcm caj hp so x perlu laa guna elektrik sgt..risau jugak asyik melekat je kat plug..takut kene karan nnti..pendpt saya..hehe..biar mahal yg penting kite usaha utk BF baby,rezeki ada susu atau tidak tu lain cerita)
Sterilizer + warmer - 1 (Papa nak beli jugak..ikut die lah)

Baby Apparel/Care:
Barut - 10 (Mak kata beli 10 helai cukup)
Jumper or Bodysuits/Romper – 5 (Prefer yg butang depan, sng nak pakai kan kat baby)
Short sleeve set - 5
(Tak perlu beli byk2, nanti org bg hadiah lgpun lg syok topup time baby ada)
Long sleeve set - 5
(Tak perlu beli byk2, nanti org bg hadiah lgpun lg syok topup time baby ada)
Mitten & Booties - 5/6 (Lebih takpe boleh slalu tukar)
Cap or Hats - 3/4
(Mak kata perlu sbb anak die ni kuat berjln, esok2 nak bwk baby elok tutup kepala baby nak elak masuk angin)
Bibs - Ikut keperluan (Beli kat IKEA 1pack)
Cardi or Jacket - 1/2 (Mak kata perlu utk gi jenjalan, dlm kereta aircond sejuk)
Muslin blanket - 3/4
(Buat bedung/selimut, kain nipis n lembut sesuai buat bedung baby sbb x panas..terjumpe brand Bebe Marmalade kat Fabulousmom)

Others Mommy & Baby Essential:
Kain batik
Maternity pad
Nursing Bra (Dah ada 2, perlu tambah byk mana ye?)
Set bersalin
(Tgh fikir antara NR atau Tanamera Postnatal Set..Tanamera focus pd luaran, saya mcm tersuka sbb xde jamu,kata nak BF baby kan)
Stroller + carseat (Mmg perlu mengikut pengalaman kakak/mak stroller mmg diajar guna anak buah guna sehingga up to 3 yrs..model2 kaki jln..tgh fikir nk beli yg mcm mana tp mcm berminat kat Quinny Zapp Xtra + Carseat)
Rocker bouncer
(Mcm nak beli jugak, in case nak tinggal baby rumah mak bleh hangkut bende as tpt tido baby)
Changing table
(Digunakan utk meletak brg keperluan baby supaya nampak kemas..saya tak suke sepah2..hehe)
Penyidai (Beli kat IKEA RM35, sesuai sgt utk jemur baju baby)

Note:
List diatas adalah nota semata-mata, kadang-kadang bile kat kedai bende yg takde dlm list pun mcm nak terbeli..pengaruh mak n suami. Kalau ada yg ter tinggal sudi sudilah share yer kwn2..

Sekian..

Monday, May 21, 2012

Baby @ 20 weeks..

This week dah masuk 20 weeks atau dgn kata lainnye 5bln laa..

Syukur Alhamdulillah..baby kat dalam sehat..saya menjangkakan & mengharapkan baby sehat memandangkan dah sebln x scan, so tak nampak perkembangan baby tapi yg pastinya baby dah start gerak sejak 17 ke 18 weeks camtu..skarang ni lg laa aktifnye nyer..sepjg masa die gerak..main ker ngamuk tak tahu lah..sampai gegar2 perut kalau perhati bebetul..Jumaat ni check-up kite jumpe yer baby..hopefully awk sehat lah sampai awk keluar..

Perkembangan mommy jer agak kurang baik..kata nurses laa..sehat tu sehat..berat 3 bln ni dah naik 6kg..tapi HB dah makin turun..dr 11.5 ke 10.9 jer..saya tak google pun cari pasal kepentingan HB ni..huhu boleh tak saya tak tahu..kalau sesiapa boleh explain sgt lah dialu2 kan..nurse suruh mkn Iron 3biji sehari..ok ok..mmg tak permah miss laa mkn semua vit kan..and now kene mkn extra sikit..takpe..demi baby tersyg..hehe..

Ok laa..nanti story morry lg..

Bye....

Thursday, May 3, 2012

Baby @ 17weeks..

Baby sgt behave inside mommy tummy & mommy tersgt happy..
Hopefully baby sehat & happy jugak kt dalam.. ;)

Wednesday, April 18, 2012

15 weeks ++

Assalamualaikum & hai semua kakak2, makcik2, adik2, nenek2 eh ade ker nenek baca? Huhu..

Hari ni rase mau update blog.

Tau tak sbb aper?

Sbb saya byk keje. Byk tender nk pulun. Closing ada tetiap hari. Tak sempat bertenang,masuk lg,dan lagi dan lagi..haishh

Tapi kenapa nk update blog pulak dah kate byk keje?

Sbb mase byk keje ni laptop saya buat hal. Laptop hak milik office. Tak boleh on if x pakai adapter,adapter pulak rosak bru je kejap td mase nk start cont keje td. Segala mak nenek ada dlm tu,nk transfer pi laptop lain pun x boleh..haishh lg..ikut plan nk siap esok tp kalau dh stuck mcm ni nk buek camno?? Sabor ajer laa..sgt2 panas hati tp saya happy jugak..

Kenapa pulak panas hati tp happy pulak?

Happy sbb teringatkn baby dlm tummy boleh sama2 rehat ngn mommy die,baby saje ni doa laptop mommy rosak so that mommy boleh rehat n tido ye..walaupun hati tak berapa sng keje byk lg..yg penting bdn dpt rehat..

Ape cer mommy nye pregnancy update?

Hehe..biase2 aje. Pergi checkup mcm biasa n baby is doing fine inside. Hopefully semuanya baik2 aje sampai masa baby nk kluar. Mommy pun skarang dah makin bertenaga sikit,dah boleh buat kerja2 household,papa pun sng hati sbb die dh boleh kurangkn struggle die..haha..mommy plan lepas ni nk checkup kt private pulak sbb x perlu byk tgl office..susah hati jugak asyik masuk lambat kan.. Guna ajer la peluang yg ada..comp dah bg 7k kan..tp walau apa2 pun saya x kisah checkup kt mana2 yg penting baby sehat..

Sampai sini saja update kite yer..bye ;)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers