Friday, July 27, 2012

Parenthood Expo 27 - 29 July 2012 @ Mid Valley

Teringin sesgt nk gi expo2 cam ni so ni 1st time pegi..mcm2 ada n org pun ramai..saya x reti nak beli bile jln pun nk kene langgar2 ngn org hehe..tp yg pastinya dpt beli Whoopee 2pack dgn harga RM25/pack & Medela Freestyle idaman hati special for baby from mommy dgn harga yg saya rasa berpatutan,original Medela Local Warranty by Lactaequip..dpt free gift mcm2 lg..dpt beli medela dah x tgk bende lain dah..excited..dpt goodie bag n sample product mcm2..huhu
Abes duit bonus mommy laa baby Freestyle nye pasal..takpe..semua untukmu..

Sunday, July 22, 2012

Berpuasa Ketika Hamil..

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

Edisi copy & paste.. ;)

Source: http://www.babycenter.com.my/malay/ramadan/hamil/

Wednesday, July 18, 2012

Baby stuff..

Welcome 3rd trimester..
Happy dalam masa yg sama risau jugak coz org kata masa ni kene lebih hati2 jugak takut baby keluar awl. Saya pulak every weekend x lekat rumah, dh 2 weekend turun naik KL, last week siap naik bas lg pastu mule gelabah sbb rase bas bergegar2 x mcm naik kereta..perut dh mcm keras n tegang jer + kaki n peha sakit sbb byk sgt jlnnye. Nasib baik doktor ckp ok,as long as baby bergerak aktif,xde bleeding kire ok lah cuma jgn terlebih jln dok kata..bagus dekat2 nk bersalin exercise tp 7mths ni jgn terlebih pulak..hehe risau den..ok ok bln puasa ni for sure x kemana..penat kan..

Ok ok dah lari dr topik asal pulak..cerita pasal baby stuff..hari ni konon ngemas la sikit2..bile tgk blk brg2 baby especially baju..mcm ya ampun..byk nye baju anak aku..haha sampai papa baby ckp..baby pakai ke semua baju ni? Huhu..paling terkejut mitten n booties mcm mana ntah boleh jd selambak,stokin lg..puluh kot..jwpnye kene sedekah kat adik sikit nih..kebetulah die due awl next year..simpan sikit lah bg anak sedara baru..kalau x bg adik pun bg anak sedara sebelah hubby..bakal keluar jugak..kire x membazir lah kan..hehe

Baru jer masuk 7mths baby stuff almost complete..tgal sikit2 jer lg mcm pampers, breastpump, baby cot/playpen..

Awl sgt ker? Mak kata ok jer..larat ker bln puasa nk shopping? Sure x larat kan..skarang pun kalau jln kt shopping complex lama sikit mule terkengkang2 sbb peha sakit..lepas raya dh masuk 8bln agak rush nnti..nk basuh lg..kemas brg nk bwk blk rumah mak lg..nk kemas beg hosp lg..byk gak tuh..rase mcm xde ape sgt tp bile saya buat detail checklist mak aih..byk nye nk kene kemas..dah la pesen kalau blk rumah mak tu bwk segala..ni kan nk berpantang lama..walaupun rumah dekat..takkan nk berulang hari2 amik brg/bju ye tak? So,better plan awl..kalau gi KL pun packing semgu sblm..haha over kau..nk wat cemane den ni mmg gini..2 ke 3 hari sblm nk travel memane siap la baju basuh n lipat tetiap hari sbb xnk bile blk nnti tgk kain baju menimbun..ok per kan??Sama kes la nk prepare persiapan utk berpantang..

Jumaat ni kite jumpe ye baby..jgn notty k..papa kata nk beli playpen baby kt Modernmum..syg papa ar ginih..hehe
.
.
;)
.
.

Tuesday, July 17, 2012

Tanamera Postnatal Care Set.

Keperluan atau pengaruh org?

Finally,terbeli jugak set ni. Tak tahu la nak ckp pengaruh ke apa coz sblm decide nk beli set bersalin ni,google la jugak yg lain2 & mmg la ada bermcm2 jenis kat luar sana. Antara yg telah dishortlisted kan Set NR & Tanamera ni tapi akhirnya saya beli Tanamera jugak.

Kenapa pilih Tanamera?
Sbb bile dh masuk 3rd trimester ni bertambah2 lah lenguh seluruh bdn terutama bhgn pinggul n peha. Jln mcm penguin sbb nk control sengal2. Mmg setiap masa rasa sengal2 ni. So bile dah google n discuss ngn papa baby,die ckp ok jer nk beli set ni. Bleh pakai Massage Oil die utk urut kaki & peha. Bau pun mcm bes dr pakai minyak panas lain.

Mengada je bunyi nye yer,dulu2 pakai je minyak panas apa yg ada xdenye nk milih2.

Semua nye bergantung kpd kemampuan & keperluan masing2. Saya beli sbb mmg saya nak guna.

Ada 11 item semuanya. Boleh refer website Tanamera Postnatal Set atau laman facebooknye. RM360 tp saya dpt RM330 jer sbb ada less sikit.

Skarang dah start pakai VCO Oil utk sapu kat perut, pinggul n punggung. Walaupun xde rekahan tp membe2 ckp diorang lepas bersalin baru nampak..ngeri katanya baik cegah dr awl. So,kite cube laa utk elak kan. Sapu jugak pd bhgn sulit utk keanjalan kulit supaya mudah bersalin, by 36weeks boleh start minum. Usaha jer dulu kan..kuasa Allah semuanya. Then, saya pakai Herbal Massage Oil,minyak ni pun boleh guna sblm bersalin utk kurang2 sengal2 pd kaki & peha. Ni mmg keje papa la mana laa tgn nk sampai kalau nk urut kaki sdiri..sangkut perut..hehe. Lepas tu Brown Soap..pun elok dipakai dr sblm bersalin supaya kesan2 hitam di celah2 peha n ketiak cepat pudah bile dah bersalin nanti. Mcm sabun scrub gitu, berus je kat bdn..sng sgt. Usaha jer,lgpun bau mcm spa jer dah dlm bilik ni. Best sgt..;) yer laa start pregnant ni saya pertama kali tgk ketiak bertukar color..seriously x pernah ketiak den color hitam..sental jugak laa tp mmg dah kejadian nye mcm tu kalau pregnant kan. Terima je laa hakikat. Mudah2 han bile pakai sabun ni cepat2 la hilang. Product terakhir yg diguna adalah Lavendar Floral Water aka Face Mist aka penyegar muka..bes jugak walau mula2 bau die mcm x bes bile lama2 rase mcm baru balik SPA..pakai nk gi keje & sblm tido. Melegakan minda & membantu utk tidur lebih nyenyak. Skarang tido dh tak brape lena, x selesa, bdn sendal ngn bantal sana sini..pusing kiri kanan semua x kene..hehe ni lah org mengandung mak kata..rasa lah pulak ingat sng ke nk bwk bdk? Huhu ye la mak..

Yg lain2 harus lah diguna selepas bersalin yer puan2..harap2 berguna la..

Sekian..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers